Friday, December 9, 2011

"Senyum"


"Di sebalik senyuman itu, ada seribu satu cerita. Cerita gembira ? cerita sedih? Hanya aku dan DIA yang tahu"






Mengadu

Salam Alaik semua. Rindu korang! Sihat semua? Hopefully semua baik-baik saja.

Hmm. ke"busy"an tak dapat dipisahkan dengan saya lately ni. But, bukan busy body ye? hehe. Every week akan ada test, presentation and assignment juga. Dah nama pun student kan? Kalau tak de semua tu, bukan student namanya. Emosi pun selalu tak betol, kejap ok, kejap tak. Mesti ramai yang terasa ngn saya. Sepuluh jari disusun lalu maaf pun dipohon. heheee.

Start harini, bertambah-tambah busy bila tiap-tiap minggu ada wedding cousins. Mungkin sekarang musim orang kahwin kot. Kan kan? Jadi, kene la curik masa on weekend untuk pegi, kalau tak pegi kita kahwin jap g, dorang taknak datang pulak kan? huhuu.

Apalagi nak mengadu ek? Banyak sgt benda jadi. Ohh, jam! ha jam tangan saya dah patah (ke putus ek?) apa-apalah yang penting saya dah takde jam sekarang *sedih*. Masa jam tu patah, boleh pulak saya nangis kan. Iyalah, sapa tak sayang kalau jam tu, jam idaman kita then parents bg as birthday present kan? hmmm. 3 tahun jam tu berkhidmat dengan saya tau. Lepas ni, nak beli jam yang sama lagi, boleh tak? *sedih sedih sedih* :(

Haa, ni laa jam kesygan saya yang dah patah tu. :((

Dah laa, nak siap2 pi kenduri kahwin. Korang take care taaau. Gonna miss you all.







Sunday, November 6, 2011

Lumrah Hidup



Hidup, biasalah dugaan akan datang dan pergi. Macam pepatah melayu tu, hidup ini umpama roda, kadang kita di atas , kadang pula kita di bawah. Mahu atau tak mahu kita sebagai manusia kena jugak harungi semua ni. Ini semua lumrah kehidupan. kan kan?

Tapi kita jangan risau dan jangan terlalu memikirkannya, kerana semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah swt ada rencana di sebalik semua yang berlaku ni. Dia tahu setakat mana kemampuan kita dalam mengharungi dugaan hidup ini. Dia tak akan berikan dugaan kalau kita tak mampu hadapinya. Apa yang penting, teruskan berdoa. Mohon pada yang Esa, kuatkan diri teguhkan iman. :')

Kalau kita sentiasa ingat Dia waktu susah dan senang, insyaALLAH Dia juga akan bersama kita waktu kita perlukan Dia.









I'm back people :)

Assalamualaikum readers ! Long time no see kan? Sangat lama saya tak updte blog. Terlalu busy dengan campus life. Banyak sgt program nak join kan, padan muka ! hehe. Baru je lepas habis Students' Exchange Program, lepas ni AIKOLFEST pulak. Adeihhh! But its fun laa, seriously :)

So, mungkin lepas ni saya akan usaha update cerita2 yang tertinggal. Insyaallah kalau ada masa terluang :)

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Eiduladha untuk semua, Take care ! :D


Gambar paling latest ;)








Monday, September 5, 2011

Hari ini masih hari raya :)

Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Dah naik berhabuk dah kan. Ni semua sebab Si 'MALAS'. But now, Si 'RAJIN' dah datang, so mood utk update ade lahhhh. hihiiii

So, tak terlambat rasenya saya nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI utk semua. Sekiranya ade salah silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, saya mintak ampun laa yer awak-awak semua :)

Seperti raya-raya tahun lepas, saya hanya beraya di Ampang saje, maklumlaaa nenek atok pun duduk sekali kan. Jadi, rumah ni la jadi tempat berkumpul adik-beradik mama. But, tahun ni tak ramai sangat raya pertama. Sebab Mak Uda raya Sarawak, Alang and Andak petang raya baru sampai. Mak Ngah pulak raya Klang. Yang ada cuma family saya, Busu, Pak Ngah, Ateh dan my Grandparent sahaja. Sesi photoshoot tetap dijalankan tapi dengan kuantiti ahli keluarga yang tak cukup. hehe. Petang raya, saya dan keluarga pergi rumah Mak Long (Kakak Papa) kt Kemensah Height. Giliran keluarga papa pulak berkumpul :)

Raya Pertama


Raya kedua ( Melaka )

Family mama tanpa Mak Ngah dan Pak Uda :)


p/s : duit raya saya semakin berkurang, sebab makcik pakcik kata, "Tauke tudung takboleh dapat duit raya dah" -.-







Thursday, August 18, 2011

I love my "30th Legacy"

ni baru suku batch :)


Malam ni rasa nak update blog pasal 30th Legacy Aikol IIUM.
Nak tahu apa 30th Legacy Aikol IIUM ? Meh baca ni.

"30th Legacy. Itu nama kami. Kami adalah batch generasi ke 30 di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. UIAM sememangnya dikenali dengan kekuatan Fakulti Undang-Undangnya. 30th Legacy seringkali dianggap sebagai batch yang paling bersatu di dalam sejarah AIKOL. Bukan untuk mengapungkan batch sendiri, tetapi memang tidak dapat dinafikan, ada semangat unity di antara ahli-ahli batch ini.

Jika dilihat dari segi keaktifan pelajar, 30th Legacy telah mendominasi Law Students’ Society(LawSoc) dan juga satu suara juga telah dimiliki di dalam SRC UIAM.Harapan kami hanya satu. Kami ingin menjadi bakal-bakal peguam, bakal-bakal hakim, bakal-bakal pendakwa raya atau sesiapa sahaja yang dapat menyumbang kepada ummah. Kepada sesiapa yang terbaca entri ini sama ada sengaja mahupun tidak, mohon dapat doakan kami semua agar menjadi Muslim berfikrah yang tidak hanya menumpang glamor sebagai mahasiswa dan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang."

*di copy dari sini*

Honestly, saya sangat berbangga sebab menjadi salah seorang ahli 30th Legacy. Tak dinafikan, ukhwah batch kami sgt2 kuat. Dah mcm satu keluarga. Ramai pensyarah yang menyokong kami. Alhamdulillah. :)

Naik semester baru ni, kami dah masuk tahun ketiga. Dah separuh jalan dah perjalanan kita, mari kita sama-sama berjuang sampai ke penghujungnya. Sahabat-sahabat, saya doakan semoga kita sama2 berjaya memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di IIUM nanti. Amin amin ya Rabbal al-Amin.


p/s : rindu nak pegi kelas.








Wednesday, August 17, 2011

Nuzul al-Quran


Salam Nuzul al-Quran semua :)






Monday, August 15, 2011

Cerita si penggemar CHEESE :)

Salam ramadhan anda semua ! Harini dah hari ke 16 kita berpuasa. Macam mana dengan puasa anda? Sempurna tak? heheheeee. Okay laaa, harini saya nak cerita pasal CHEESE. Kalau anda semua nak tau, saya penggemat cheese, tu pasai la pipi ni tembam jeeee. Cheese ni ada kalsium, tapikan saya pelik kenapa saya tak tinggi2. hahaaa. Jom tengok apa makanan faveret saya yang berasaskan cheese atau bahasa melayunya kejuuuuuu~



Blueberry Cheese Tart. yummmm yummm

Scrambled Egg with Cheese, sgt sdp okay :)

Cheezy Choc Secret Recipes

Double Cheese Burger MCd

Atau keju slice ni.. saya boleh makan bgtu saja taauuu, hehe.

Ada sapa2 lagi penggemar cheese macam saya? Boleh geng niiii, hehhe :)







Hijrah mereka :)

Alhamdulillah, dibuka pintu hati mereka untuk bertudung. Lebih sopan dan cantik. Tak percaya jom tengok :)


Farah Diana Anuar :)

Anne Ngasri :)

Wardina Safiyyah di antara artis terawal memakai tudung :)

Irma Hasmie :)

Azizah Ariffin :)


Ramai lagi sebenarnya artis wanita kita yang sudah berhijrah memakai tudung. Alhamdulillah :))







Sunday, August 14, 2011

Masalah lama saya dah setel :))

Salam Ramadhan semuanya. Bagaimana dengan puasa anda? Harap2 okay la yer. Sedar tak sedar dah 15hari dah kita puasa kan? Cepat betol masa berlalu. Okayla, saya terus dengan objektif sebenar entry saya kali ni. :)

Korang ingat tak dulu, saya ada mengadu pasal kulit saya yang semakin teruk. Kulit kering yg melampau. But now, saya dah dapat jalan penyelesaiannya. hehe. Special thanks to Kak Nisa Hasan sebab dah bgtau saya satu brand popular ni. hehe. Ada one night tu, kami bertutorial pasal skin care, then kak Nisa recommend kat saya 2 produk dari Olay. Nak tau apa, jom tengok ! :)
Dialah Kak Nisa. Thanks kak. Sampai sekarang shiera guna Olay tau :)

Okay, first sekali :
Olay White Radiance Cream Cleanser

Pakai ni sgt best tau, die tak berbuih. Dia mcm cream je. Actually, saya baru tau yang foaming cleanser dengan cream cleanser dua benda berbeza. heheheee. Sorry, terlembab skejap. Pakai cream cleanser ni saya rasa sangt effective utk kulit kering mcm saya. But now, saya dah takde kulit kering :)))


Kedua :

Olay Total Effects 7-in-1 Anti Ageing Cream

Before keluar, saya mesti tempek benda ni kat muka. Dia best, tak berminyak pun. ada SPF lagi. Boleh lindung kulit kita dari matahari. And lagi satu, umur saya sekarang dah 22, jadi saya ni makin lama makin tua, kene la cegah kulit ni dari berkedut dan tumbuh jeragat. kan kan? Apa2pun produk ini terbaik, cubalah :)

*This is what Olay promises:

1. Line Minimization: Reduces the appearance of fine wrinkles
2. Nourishing Moisturization: For a radiant, healthy glow
3. Tone Enhancement: Balances color & reduces appearance of age spots
4. Gentle Exfoliation: Smoothes and evens skin texture
5. Pore Refinement: Minimizes the appearance of pores
6. Free Radical Defense: Helps prevent damage to skin’s surface
7. Subtle Lifting: Hydrates for firmer skin appearance

*di copy dari web*







Wednesday, August 10, 2011

Renungan bersama

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Semakin meningkat umur semakin banyak khilaf dilakukan. Jauh di sudut hati ada niat untuk berubah. Menjadi seorang yang solehah. Saya yakin, anda semua pun macam tu kan? Melakukan perubahan tak semestinya secara drastik, slow-slow pun takpe. At least kita ada effort utk berubah. Di sini saya nak kongsi dengan anda semua amalan-amalan untuk menjadi wanita solehah. Saya ambil dari sini. Jom baca sama2 ;

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Mudah-mudahan amalan2 di atas menjadi amalan rutin kita untuk menjadi seorang muslimah solehah. Insyaallah :')






Saturday, August 6, 2011

Murtabak Mini saya ! :)

Salam semua. Puasa tak harini ? hehe. Korang buka makan apa harini ? Saya nak berkongsi satu resepi ngn korang semua ( tibe-tibe rasa ceriterashiera ni mcm blog resepi la pulak, haha ). Okay harini saya buat murtabak mini. Sebenarnya murtabak mini ni ada jual kat AIKOL. Bende ni memang faveret saya dengan hanis. Tiap kali break kelas, mesti kitorang beli bende alah ni. hehe. Okay now, jom tengok resepi dia :)

Bahan-bahan :
  • 5 biji ubi kentang
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 10 biji cili api dipotong halus (sapa tak kuat pedas, tak payah la letak, hihi)
  • Daun sup dipotong halus (ikut la brapa byk korang nak)
  • 10 ekor udang rebus yang dipotong kecik2
  • 1 sudu teh serbuk perasa Pasti Sedap Knorr
  • 1/2 sudu teh garam
  • Spring roll pastry (saiz 125mm x 125mm)
Cara-cara :
  1. Rebus ubi kentang sampai empuk. Bila dah empuk, lenyek2kan sampai die jadi cam makanan baby tu. hihi. Then ketepikan :)
  2. Goreng telur dengan bawang yang dipotong dadu. Goreng hancur-hancur tau :)
  3. Masuk kan telur yang telah digoreng, udang rebus, daun sup, cili api, serbuk perasa Pasti Sedap dan garam ke dalam ubi yang telah dilenyek tadi. Gaul sehingga sebati.
  4. Bila dah sebati, korang hamparkan spring roll pastry tu, then isikan ubi kentang yang telah dicampur pelbagai bahan tadi. Lipat jadi bentuk segi empat.
  5. Lepas dah siap lipat2 jadi segi empat, korang panaskan kuali. Then goreng :)
Before digoreng :)

Siap untuk dimakan. hehe.

Kalau korang rajin, korang cubalah yer. Selamat mencuba kawan-kawan :)






Wednesday, August 3, 2011

Pemanis Mulut

Salam Ramadhan semua. Semalam tiba-tiba saya terajin utk buat dua jenis pemanis mulut. Puding roti dan Puding karamel (sebab mama kata, adik dah lama mengidam benda ni). Tanpa melengahkan masa, jom tengok Puding roti buatan saya dan Puding karamel buatan saya dan mama.

p/s : resepinya saya google aje. hee~
Puding Roti

Oh ini fresh kluar dari oven :)

Setelah dipotong-potong

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 cawan gula
  • 235ml susu cair ( saya guna ideal milk )
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Kismis (Ligo satu kotak)
  • Pisang dipotong nipis


Cara-cara :
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan pisang. Biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.


Puding Karamel


Bahan-bahan :

Untuk gula karamel:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula

Untuk adunan puding

  • 1 tin susu cair
  • 8 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu kecil gula

Cara-cara :
  1. First sekali kite buat gula karamek dulu. Cairkan gula dengan api yang sederhana, sampai gula tu jadi perang2. Then baru letak air. Kacau sampai gula dan air tu sebati.
  2. Lepas gula dan air dah sebati, tuangkan dalam loyang untuk dibakar. Sejukkan pada suhu bilik.
  3. Sementara menunggu gula karamel tu sejuk pada suhu bilik. Kita buat adunan puding pulak. Campurkan semua bahan2 adunan puding dan gaul sampai sebati.
  4. Kemudian bila dah sebati, tuang adunan puding dalam loyang gula karamel tadi.
  5. Masukkan loyang dalam oven yang beralas dulang pembakar, bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit.
  6. Lepas 40minit keluarkan dan masuk dalam peti sejuk. Baru best makan !

Selamat Mencuba dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)









Monday, August 1, 2011

Puasa Pertama *entry tanpa gambar*

Salam alaik para pembaca. Macam mana puasa anda di hari pertama bulan ramadhan? Mesti best kan? Mesti ramai yang pergi bazaar ramadhan. Beli kuih, air dan sebagainya.

So, tadi korang buka apa je? Saya sure yang berbuka dengan family mesti banyak lauk-pauk yang terhidang kan? Saya tau la, sebab saya pun buka kat rumah bersama family tercinta, hehe. Kepada yang berada jauh dgn family terutama student, korang pun mesti rasa seronok jugak kan, buka dengan kawan-kawan, g bazaar sama2. Wahhh, saya rindu saat itu. Tahun ni tak dapat buka dekat hostel dengan kawan-kawan, tak dapat pergi bazaar ramadhan dekat Convest Hill UIA tu. Rinduuu pulak. Ni semua sebab cuti lama sangat. huhuuu.

Tadi saya ke bazaar bersama si Labu saya. Ramainya manusia dan banyaknyaaaaaaaaa MAKANAN ! Terliur..... tapi sekarang tak dahla, dah mencekik pun tadi. hihihii. Tadi beli makanan dan minuman wajib untuk berbuka di setiap bulan puasa, nak tau apa? Air Tebu dan cucur udang but tadi cari roti jala tapi tak jumpa. Esok macam nak pegi bazaar Bukit Indah pulak. hehehhe.

Okayla, dah pukul 1.30 dah ni. Jap lagi nak bangun sahur.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani rukun Islam ke-3 niii.







Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan


Akhirnya bulan yang kita nanti2 kembali !
Alhamdulillah, masih dipanjang umur untuk menjalani ibadah puasa tahun ini.
Semoga setiap amalan kita diberkati-NYA.
Selamat Berpuasa dan Selamat bertarawih ya kawan-kawan :)






Wednesday, July 27, 2011

Sebak, May you rest in peace my dear friend :(

May you rest in peace. Kami akan sentiasa doakan kamu, Law :(
Masih terasa kehilangannya.
Banyak kenangan dicipta bersama.
Mengenalinya dari bangku sekolah rendah, darjah 3, sekelas sampai tingkatan 3.
Hmm. begitu cepat dia pergi. Masih terbayang2 sikapnya yang happy go lucky. Slank cina pun dah takde sebab dari kecil bergaul dengan anak melayu.
Tiap kali berfacebook, mesti pegi page dia then saya sebak.
Law Seong Juan, kami rindukan anda. Why you leave us??
May you rest in peace my dear friend.
We gonna miss you :(








Monday, July 25, 2011

My beautiful day

Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita ! hehe. Kali ni saya nak update pasal ngedate saya hritu bersama 2 my beautiful ladies, Kak Aimie Abd Halim dan Qyla Ahmad. Dorang cantik okay. Sangat. Ni puji ikhlas, bukan nak ambil hati dan sebagainya. Di samping cantik, dorang juga baik dah peramah. Langsung tak sombong. Im lucky to know them. And i love them :')

Kitorang berjumpa dekat KLCC je since Qyla and saya takde transport nak pegi Sunway. Jadi kak Aimie dengan baik hatinya turun dari Shah Alam ke KLCC okay, thanks kakak ! <3

Kitorang lunch together then jalan2 kat park KLCC sambil makan famous amos then of course la bergambar kan. hehe. Perempuan kata :)

Takde idea nak cerita panjang2, jom tengok gambar.


Ni la my beautiful ladies, Qyla Ahmad and Kak Aimie Abd Halim :)

I love you, sista :)

I love you, Qyla :)

Us <3





Kenangan - GRIMIS

Salam alaik semua. Lama tak nampak, sihat? hehe. Lately ni busy la. Nak update blog pun tak sempat and yang paling penting dilanda masalah kemalasan. huhu. So, entry kali ni saya nak cerita pasal salah satu kenangan manis saya masa kat Asasi UIA dulu.

Dulu masa 1st year Asasi saya aktif sikit masuk satu kelab ni, ia diberi nama GRIMIS atau nama penuhnya Grup Impresi Seni. Kelab ni lebih kurang mcm kelab seni la, berkaitan nasyid, percussion and macam2 la. Kelab ni pulak dibahagikan kepada biro-biro. Saya dalam biro seni suara. Hubungan kami memang sangat2 rapat. Dalam Grimis saya dapat ramai kawan. Berkembanglah sikit kan dapat kawan dari pelbagai course. hehe.

Antara kawan2 yang saya sangat rapat dalam GRIMIS ni, adalah Ang dan Azza. Kitorang bertiga memang rapat. Bila meeting je, seingat saya mesti duduk bertiga (masa kat pj la). Tak lupa jugak, saya rapat dengan kak emy. Dorang ni sangat baik tau. Hubungan kami jadi lebih rapat bile mcm2 program diadakan.

Nama2 budak2 GRIMIS lain yang masih segar dalam ingtan saya Shahid, Nasrul, Fikri, kak Huda, Kak Im, Farhan, Hadi, Naqi, Taufiq, Hafizul and ramai lagi laaah. Walaupun nama korang tak saya sebut, tapi kenangan bersama korang sikit pun tak saya lupa wahai teman2 seperjuangan GRIMIS :')

Sekarang, masing2 dah bawak diri. Ada yang ke Kampus Kuantan. Ada yang di Gombak tapi jarang berjumpa.

Akhir kata dari saya, saya rindukan kamu semua :')

Biro Seni Suara





Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday : Terpegun


She's very beautiful kan ?
Nama diberi Aimie Abd Halim. Click sini untuk 'melawat' si cantik manis ni.







Friday, July 15, 2011

Percubaan Pertama - Pavlova

Salam. Selamat petag semua ! hehehe. First time update blog petang-petang, selalunya tengah malam buta. heheh. Actually semangat nak update blog sebab baru je lepas buat pavlova. Muka ni pun melekit2 lagi, sebab baru kua dr dapur. Gambar kat bawah ni pun fresh lagi tau. hehee.

So, kesimpulan percubaan pertama saya membuat pavlova sebenarnya tak berapa nak memuaskan hati sgt. But okay la. Tak puas hati sangat sebab biasala rupa die tak berapa nak cantik sangat n whipping cream tu pun tak berpa nak pekat sgt. Gambar2 kat bawah ni, cari angle terbaik punyooo kasi tak nampak hodoh. hahha. Pandai tak saya cover? hihiii

Korang yang tengah tak buat apa2 kat rumah tu, cuba2 la buat bnde ni. Nampak simple tapi sebenarnya berpeluh jugak la nak buat. haha. Nanti kat bawah ni saya bagi resepinya ya. Saya pun google aja resepi pavlova ni. Rasa die sangat2 manis, kepada sesiapa yang tak kuat manis, boleh la kurang gula :)




Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur

1 cawan gula kastor

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan (saya guna perahan limau nipis dengan kuantiti yang sama)

1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan:

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus

1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Tapi, saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan.


Selamat Mencuba Kawan-kawan :)