Monday, July 1, 2013

Kamu.

Saat ini, waktu ini, tak macam dulu,
Akal tak pernah lekang dari kamu,
Hati tak pernah kosong tanpa kamu,
Bibir sentiasa senyum bila ingat kamu.

Manis macam madu,
Rasa indah yang terlalu,
Sejak hidup aku ada kamu.

Untuk dia yang bergelar kamu,
Tolong jangan pergi dari aku,
Kelak aku akan rindu,
Hidup pula jadi tak menentu, langsung tiada seru.


p/s: I love you TS.


Shahira
020713

Al-fatihah.



Atuk, Chaca rindu atuk.
Chaca dah habis belajar dah. Bulan 10 nanti In shaa ALLAH Chaca konvo. Tak sempat Atuk tengok kan? :'(
Terima kasih atas doa dan nasihat Atuk. Terima kasih sebab jaga Chaca dari lahir sampai akhir hayat Atuk.
Rindu nak gurau-gurau dengan Atuk.
Sampai sekarang Chaca rasa Atuk ada lagi. Atuk keluar outstation je, Atuk balik lambat je. Nanti mesti Atuk balik. Huu.
Tapi Chaca kena terima, yang hidup pasti akan pergi. Pergi buat selamanya.
Maaf sebab selalu kasar dengan Atuk. Tapi Chaca gurau je. Sekarang rasa sunyi sangat Atuk takde. Takde dah orang nak bergaduh.
Hmm. Atuk nak sangat tengok Chaca tunang and kahwin kan? Tapi sayang, semua tak sempat. Atuk pergi cepat sangat. Nanti Atuk tengok dari jauh ye Atuk.
Atuk, Chaca janji untuk semua, kami akan jaga nenek baik-baik. Atuk jangan risau ye.
Doa kami sentiasa mengiringi Atuk.
Semoga Atuk tenang di sana.
Semoga roh Atuk ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Chaca sayang Atuk.


Al-fatihah buat Atuk tersayang, Haji Ismail bin Haji Mat Siti.


Sunday, June 23, 2013

Tak peduli.

Peduli apa pada lidah yang tak henti berkata-kata,
Berkata-kata tanpa usul periksa,
Apalagi merasa seperti yang aku rasa.

Kita sama saja, manusia biasa.,
Mana mungkin rasa kita sama,
Hanya DIA yang benar-benar sama merasa.
Hanya DIA satu yang mengerti apa dalam dada.

Akanku buntangkan mata, melihat aksi semua,
Akanku tadahkan seluas telinga mendengar segala kata,
Aku terima segala, aku terima semua,
Kerana aku percaya satu, tiada hakim sebaik DIA.

Didiklah hati dengan sebaik prasangka.
Yakinlah semua ada hikmahnya.
Dan ini satu pesanan untuk semua,
Orang yang sabar dijanjikan ganjaran sebaiknya.
In Shaa ALLAH.

shierafirhat
24/06/13


Saturday, June 15, 2013

Hati.

Kalau di tanya pada Sang Hati,
Kenapa terlihat lemah sekali?
Adakah luka lama berdarah kembali, ataupun ada robekan baru yang terjadi?

Lantas dijawab olehnya, itu semua lumrah duniawi,
Lemah longlai terkadang itu sudah pasti,
Dugaan, ujian silih berganti,
Pelbagai bentuk ia hadirkan diri.

Oleh itu, pesanan untuk si pemilik hati,
Moga tabah, jangan rebah menghadapi,
Seribu satu hikmah disebalik semua ini,
Yakin diri, kalian mampu menangani.

Senjata paling hebat sekali,
Berdoalah tanpa henti,
Minta kekuatan pada Sang Ilahi,
Untuk hati dan pemilik hati.


Shahira
16/6/2013





Saturday, May 18, 2013

Alpa itu ujian.

Sayu rasa hati.
Bila ingat apa yang dah jadi.
Tersasar diri di lembah duniawi.
Jauh menyimpang dari tujuan asal yang suci.

Leka dan alpa sudah sebati dalam diri.
Entah bila ia akan berlalu pergi, 
Aku sendiri pun tak pasti.
Mungkin esok, lusa tapi aku harap hari ini.

Tapi ingat, ada pesanan untuk kita teliti.
Kealpaan itu boleh jadi ujian dari Sang Ilahi.
Peringatan sebelum kita betul-betul lupa diri.
Apalagi tersesat di lembah hitam kelam yang sepi.

Bila diri rasa dah alpa ke arah yang DIA murkai.
Cepat-cepat sedar diri.
Masih belum terlambat buat diri jadi orang suci.
Sebelum dari barat munculnya Sang Mentari.

DIA, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Jangan putus doa, mohon taubat buat diri.
Gapai amanah asal jadi khalifah di bumi.
Saling membimbing saling mengingati.



Shahira.
19/5/2013



Thursday, May 2, 2013

Sudah tua, tunggu masa.

Dunia ini sudah tua.
Manusia pun makin tua.
Hari itu pasti tiba, entah esok entahkan lusa.
Bersediakah kita untuk itu semua?

Selagi ada masa dan ketika,
Baiki diri, akidah dan segala.
Tak banyak tak apa,
Paling tidak kita cuba.

Masa lalu pernah hitam.
Dah tiba masa kikis semua kelam.
Mungkin tidak drastik tapi perlahan.
Semoga DIA tunjuk jalan.


ShieraFirhat
2/5/2013



Saturday, April 27, 2013

Ini Lumrah.

Awalnya jalan yang ada lurus.
Lama-lama ikut arus, terpesong dari terus,
Ini semua angkara nafsu pelbagai yang tak putus-putus.

Pabila hati dan akal dikawal nafsu, semua jadi luluh.
Lari dari matlamat hidup asal yang utuh.
Mungkin ini lumrah, manusia mudah lalai, leka dan terpengaruh.

Iman lemah, tak kukuh.
Jadi mudah tersungkur jatuh.
Hanya satu jalan buat semua jadi kembali kukuh sukar untuk runtuh.
Pinta kekuatan Iman, Hati dan Jiwa dari DIA, Pencipta Alam yang menyeluruh.



ShieraFirhat
28/04/13

Untuk kau yang bernama CINTA.


Tanpa mencuba, kau buat aku gembira.
Tanpa gagal, kau buat aku bahagia.
Kini hanya satu aku pinta.
Semoga masa depan aku milik kita,
Dan kau terus jadi seseorang yang paling istimewa sampai aku pejam mata.

p/s: Loveyouandalwaysdo. #SS



Thursday, March 28, 2013

Aku rindu.

Bekali-kali dah hati ini terguris.
Namun sabar yang aku pilih.
Masih mampu bertahan kerana DIA beri kekuatan.

Besar sangat khilaf aku pada kalian?
Sampai setiap perlakuan kalian anggap kesalahan.
Apa mahu lihat aku tersungkur baru kalian tepuk tangan kepuasan?

Kalau itu yang kalian mahukan.
Memang tersasar jauh dari pengharapan.
Selagi ada Dia, kaki ini akan utuh kukuh berdiri dan makin maju ke depan.

Jujur, saat-saat lalu aku selalu rindu.
Saat suka duka sama-sama kita kongsi.
Saat tawa tangis sama-sama kita hadapi.

Tapi sekarang semua tak macam dulu lagi.
Aku sendiri, sedangkan kalian masih rapat berdiri.
Jauh tersisih rasa diri ini. 
Mungkinkah ini hanya mainan perasaaan ataupun kenyataan. Ah, aku sendiri pun tak pasti.

Andai jari-jari kalian menuding ke arah ini,
Menyatakan aku punca semua ini terjadi,
Maaf aku pohon, kerana aku manusia biasa yang salahnya tak akan lari.

Mungkin waktu ini aku bukan seorang yang baik dibuat sahabat.
Tapi ingat, waktu dulu aku pernah ada di sisi kalian.
Pernah berkongsi segala macam hal. 
Tak rindukah kalian saat itu??

Demi Tuhan,
Usaha demi usaha aku lakukan untuk menjadi yang terbaik buat kalian.
Meskipun aku tahu, usaha aku masih samar-samar di mata kalian.
Maaf aku tak sempurna.
Kini, cuma satu yang aku harapkan, semoga ALLAH pelihara ukhwah kita sampai akhir zaman.

Kalian, jauh di sudut hati, aku rindu.



12.50 a.m
29/03/13
SF.

Friday, February 1, 2013

Titik Noktah.

Mungkin aku tak tahu apa yang kau rasa.
Apa kau rasa sama seperti aku rasa? 
Aku tak mampu untuk meneka. 
Apa yang kau zahirkan sama seperti yang tersirat dalam hati kau?
Sekali lagi, aku gagal untuk meneka.

Apa yang aku lihat dari mata kasar ini, itulah yang jadi bantuan pentafsiranku.
Aku lelah untuk berfikir. Apa yang kau zahirkan, itu yang aku akan ambil.
Sekarang kau punya hidup kau, aku punya hidup aku.
Harapan kosong untuk kita.
Aku bahagia, kau juga bahagia.
Kita sama-sama tak kan toleh belakang. Itu pinta kau kan?
Ini jalan terbaik kita dari DIA yang paling hebat merancang.
Aku terima, aku redha.

Kau bukan kenangan pahit buat aku. Kau manis.
Kisah kita akan jadi rujukan untuk hidup hadapan kita. 
Terima kasih untuk segalanya. Maaf dipohon untuk setiap khilaf.
Bahagia milik kau dan aku tapi dalam dua situasi yang tak sama.
Dakwat pekat aku guna untuk titik noktah kisah kita.

Untuk dia, hidup baruku.
Sudah ada ruang di hati ini untuk kau. 
Sudahku perkemaskan ruang hati ini untuk keselesaan kau menetap lama and mungkin untuk selamanya.
Kau mampu buat aku tersenyum bahagia. 
DIA ambil kebahagiaan laluku, dan digantikan dengan kebahagiaan yang lebih lagi iaitu kau.
Aku yakin, masa akan datang aku adalah kita.

Terima kasih Ya Rabb kerna sedarkan aku akan semua ini.
Aku yakin semua yang jadi ada hikmahnya, hikmah yang pasti untuk aku, masa laluku dan masa depanku.


3.40 a.m
Saturday (2.2.13)



Wednesday, January 16, 2013

Soal Jodoh.

2013. Umur dah makn meningkat. 24 tahun dah tahun ni. Sekejap je rasa. Pejam celik, pejam celik masa berlalu, kita sendiri tak sedar. Semakin besar angka umur, semakin fikiran ligat memikir masa depan. Kerja and paling popular kahwin. Betul tak? Hehe. Tau dah, saya juga melaluinya, begitu juga teman-teman rapat. Asal berborak je, mesti terselit jugak topik KAHWIN. Tema warna masa kahwin lah, design baju lah, buat kat mana lahh. Its normal for us yang umur range 22-25 cmtu. Kita dah besar okay? hehe.

Apa itu jodoh? Jodoh tu rahsia Allah. Itu yang kita selalu dengar kan? Allah dah tetapkan jodoh kita sewaktu kita dalam rahim ibu lagi. Manusia diciptakan berpasangan, lelaki dan perempuan. Setiap lelaki ada perempuannya dan setiap perempuan ada lelakinya. Saling melengkapi. Bila kita rasa seseorang tu jodoh kita, akan terhubungnya satu emosi spiritual yang kuat antara si lelaki dan perempuan. Antaranya, rasa sayang yang kuat, rasa takut kehilangan. Tapi kita jangan yakin sangat dia jodoh kita selagi ikatan sah tu tak dimeterai. Jodoh ni memang dah ditetapkan, tapi usaha tu kena ada. Lepas dah usaha, doa, serah dengan Allah. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita. Andai dah usaha, dah doa tapi Allah tetap tak beri apa yang kita minta, jangan terlalu bersedih. Sesuatu yang lebih baik akan menunggumu di hadapan. Allah tahu apa yang kita lebih perlu.

Untuk yang masih belum menemui calon dibuat teman hidup, jangan risau. Allah dah merancang sesuatu untuk anda di hadapan nanti. Tapi doa jangan lupa. Moga dipertemukan jodoh yang baik-baik.





Thursday, January 3, 2013

Kehidupan.

KEHIDUPAN. Allah dah atur hidup kita. Pengaturan DIA adalah sebaik-baik pengaturan. Jangan pernah merungut. Jangan pernah mengeluh. Yang datang semua dari-NYA. Walau pahit yang kita terima, anggap ini dugaan-NYA. Dugaan ini jangan di ambil negatif, sebaliknya jadikan kekuatan untuk bangkit. Jangan kalah, jangan menyerah. Allah tak kan bagi dugaan kalau kita, hamba-NYA tak mampu nak hadapi.

Andai di kenang peristiwa lepas, sedih sebak itu perkara biasa. Tapi ingat, Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk hidup kita. DIA lebih tahu mana yang baik dan mana yang tidak untuk hidup kita. Kita kena redha dengan ketentuan-NYA. Berat nak menerima? Itu lumrah. Didik hati kita, minda kita, jiwa kita untuk terima qada dan qadar Allah. Jangan kata tidak, jangan kata tak boleh, jangan cipta seribu satu alasan. Positifkan fikiran, bisik pada diri sendiri, semua yang tejadi ada hikmahnya. Entah bila, entah di mana hikmah itu akan tiba, bukan kerja kita, tapi kerja YANG ESA. Sabar menanti dengan yakin. Itu sesuatu yang pasti.

Air mata selalu mengalir, nahh biarkan saja. Jangan diseka. Kadang-kadang air mata itu tanda kekuatan. Cara terakhir untuk didik diri jadi kuat. Menangis sepuasnya, sampai masa, jiwa lesu, hati penat berhentilah ia dengan sendirinya. Saat itu, pasti kita dah betul-betul kuat, gagah melangkah untuk teruskan kehidupan. Sebagai ramuan tambahan dalam menggagahkan diri, jangan lupa DIA. Doa minta cekalkan hati, dekatkan diri dengan-NYA agar tenang jiwa rohani.

Jangan pernah kesali apa yang dah terjadi. Jangan pernah kesali apa yang dah kita tinggalkan. Anggap itu pengajaran. Pengajaran untuk kita di masa hadapan. Sudah sinonim bagi kita, manusia biasa dalam membuat kesilapan dan dosa. Suatu masa, kesedaran akan tiba. Anggap kesalahan dan kesilapan lalu sebagai "medium" untuk kita menjadi seorang manusia yang lebih dewasa dan matang. Tahu mana baik, mana buruk dan jangan terlalu berlandaskan pada nafsu. Kehidupan sebenar bermula apabila kita tersedar akan kesilapan yang kita lakukan dan kita ingin memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik.

Terus kehadapan. Jaga dan hargai apa yang dalam genggaman, apa yang kita ada. Benda lepas jadikan pengajaran. Jangan diulangi kesilapan lepas. Apapun yang terjadi, hidup kena diteruskan. Sungguhpun pahit, belajar untuk terima,  didik diri untuk redha. Semoga kita kuat menempuh kehidupan yang tak tahu bila hujungnya. Peace!



Love, SF 2013.