Friday, November 16, 2012

Pesanan.


Yang jahat tak selamanya jahat, satu masa mereka akan berubah kepada yang lebih baik. Jangan perlekehkan niat murni mereka. Sokongan dan kata-kata semangat yang mereka harapkan.

Terima kasih buat "seseorang" untuk kata-kata ini :-

"Tiap kali kita nak berubah, akan ada sesuatu/seseorang yang mengingatkan kita tentang dosa silam. Itulah dugaan orang nak berubah. Istiqamah. Jangan mengalah. Jangan sesekali patah balik"

Insyaallah, saya akan ingat pesan awak.


love, Shiera.

 

Wednesday, October 24, 2012

Mungkin.

Mungkin ini takdir kita.
Allah dah rancang sesuatu lebih baik untuk kita.
Mungkin Allah nak bagi peringatan untuk kita yang makin jauh dari-NYA.
Mungkin Allah nak kita dekatkan diri dengan-NYA.
Saya yakin, akan ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Matahari akan besinar setiap pagi.
Setiap kali terbitnya Matahari, yakinlah ada sinar baru buat kehidupan kita.
Jangan putus asa. 
Kita jatuh, kita bangun semula. 
Jangan cakap tak boleh, kena yakin.
Allah tak kan bagi dugaan yang hamba-NYA tak mampu hadapi, Ingat tu.

Jaga Diri. Jaga Iman. 
Jangan Leka. Jangan Hanyut.
Berdoa dan terus berdoa. Moga DIA tenangkan hati kita dalam menempuh kehidupan panjang.
DIA tahu apa yang terbaik.
Semoga kita kuat dan tabah.
Semoga berjaya.

Wednesday, August 29, 2012

Dosa. Perlu petunjuk.

Kalau nak difikirkan dosa, Ya Allah, tak terkira. Lebih dalam dari air di lautan, lebih banyak dari butiran pasir pantai. Tak terhitung banyaknya. Sudah tertanam niat di hati mahu menjadi anak solehah, mahu menjadi Muslimah yang sebenar-benarnya Muslimah. Tapi aku tak kuat. Mudah sangat leka. Iman tak kukuh lagi. Mudah goyah.Terkadang ikutkan kata nafsu, ikutkan bisikan syaitan.

"Ya Allah, ampunkan segala dosaku. Aku mohon. Kau kuatkanlah imanku. Teguhkan ia. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai"




Senandung Al-Fatihah

Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Sunday, August 5, 2012

Just a simple entry

Assalamualaikum Sahabat semua, dah lepas pun setengah ramadhan kan? Tapi saya nak wish juga, selamat menjalani ibadah puasa. Jom sama-sama kita kumpul pahala, tunaikan yang wajib, amalkan yang sunat. Lama tak update blog, busy internship katanya. hehe. But now, saya curi-curi masa post a simple entry even now dah pukul 1.30am dan esok adalah hari kerja -.-

Di sini saya nak kongsi sedikit kata-kata yang saya jadikan sebagai pendorong kalau saya "jatuh", hilang semangat dan resah gelisah bila ditimpa sesuatu masalah terutama soal "cinta" atau "jodoh"

  1. " Sehebat mana kita merancang, kalau Allah kata tidak, sesuatu yang dirancang hebat itu tak mungkin terjadi"
  2. "Kadang-kadang sesuatu yang kita tak sangka akan terjadi, itulah yang akan terjadi. So, get ready"
  3. " Semua yang terjadi, sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. Allah dah ada rancangan yang paling baik untuk kita"
  4. " Sekarang, kita terpaksa melepaskan seseorang/sesuatu yang kita sayang. Jangan brsedih. Siapa tahu esok, lusa, akan datang ataupun suatu hari nanti ia tetap akan jadi milik kita"
  5. "Allah bagi kita dugaan, sebab Allah nak uji kita. Allah tahu kita mampu menghadapi setiap dugaan yang datang"
  6. " Kalau kita mahukan sesuatu, jangan putus berdoa. Kalau Allah tunaikan apa hajat kita, Alhamdulillah. Kalau tidak, jangan bersedih. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita"






Tuesday, July 10, 2012

Congratulations love :)

Just want to say Congratulations on your marriage my dear sister Aimi bt Abdul Halim and abg Dinie Rifdi  
Be a good wife okay?
I wish you all the happiness in the world. Love you so much :)




Perkongsian untuk semua ; Khasiat Surah Al-Waqi'ah


Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
  • Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya, Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa kesana nanti. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita. Membaca surah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya.


*Sekadar berkongsi. ALLAHUALAM*



Wednesday, June 27, 2012

Untitled.



"Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya"

"Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa dan usaha yang betul serta bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda."








'Jatuh'

Assalamualaikum semua.

Jujur saya katakan, i really miss blogging. Lama tak update, bukan ketandusan idea tapi kesibukan melampau, hehe. Sekarang cuti semester, but tak cuti sangat pun sebab I'm doing my attachment dekat law firm named as Ainul Azam & Co. So far, attachment kat sana okaylah even 1st week macam dibuli. haha. Banyak benda yang dah belajar. Seronok jugaklah bila didedahkan dengan environment kerja. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, I will be a lawyer one day. Ameen. Pray for me eh? :)

Btw, tujuan sebenar saya curi masa untuk menulis harini sebab nak cerita sikit tentang "life".

Semua orang yang berjaya sekarang pernah jatuh, pernah tersungkur. Kadang-kadang kejatuhan yang dialami tu jadi semangat untuk kita bangun dan berdiri semua. Sebagai manusia, kita kena ingat DIA yang aturkan jalan hidup kita. DIA tahu apa kita mampu, apa kita tak mampu hadapi. Jatuh tak selamanya jatuh. Dengan kegigihan dan usaha, Insyaallah kita mampu bangun menjalani kehidupan seperti biasa dan akhirnya akan dapat apa yang sebenarnya kita inginkan.

Kalau terjatuh, jangan pernah putus asa. Anggap semua ini ujian dari-NYA. DIA nak tengok, macam mana cara kita hadapi ujian ni. Masa mula-mula jatuh, memang lumrah lah kita sedih, kita down. Lepaskan segala kesedihan yang ada dengan menangis or mungkin anda ada cara lain kan? Tapi ingat, jangan buat benda bukan-bukan yang dihalang sekeras-kerasnya oleh Islam. Jangan biarkan sang syaitan menari riang. Lepas dah melepaskan segala yang terpendam, positifkan minda anda. Monolog kepada diri sendiri bahawa, yang terjadi ni pasti ada hikmahnya kelak. DIA nak uji kita. Usaha, doa dan tawakkal kepada-NYA.

Apabila kita dah berjaya, dah bangun dari kejatuhan, dah rasa usaha kita selama ni berbaloi, akan ada rasa satu sifat puas hati. Lebih kurang bunyinya begini "Yeah, finally I did it". Tak salah ada rasa sifat macam ni, tapi  jangan sampai kita riak, jangan sampai kita bangga. DIA boleh tarik nikmat kejayaan ni bila-bila masa je. Sebaliknya, kita perlu rasa bersyukur sebab DIA nampak usaha kita, then DIA bagi sesuatu yang setimpal dengan usaha kita. Kalau sesuatu yang kita dapat tu tak setimpal dengan usaha kita, anggap itu satu lagi ujian. Hidup, mana pernah lepas dengan ujian. Kan?

Sesuatu yang tidak baik terjadi dalam hidup kita ambillah ia sebagai penguat untuk kita bangkit semula. Ia juga boleh mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang sentiasa meredhai kententuan-NYA. Selamat berjuang menempuh hidup penuh liku sahabat semua :)




 

Friday, April 27, 2012

Peringatan untuk aku kau dan dia :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Kalau dah nama pun manusia, memang terkadang terleka. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Selalu nak lebih. Mulut ucap syukur, hati tetap inginkan sesuatu yang lebih. Dalam diam DIA menguji rupanya. Tak sedar kan? I ngat,Allah tu menguji bukan dengan timbunan masalah dan tekanan sahaja. Nikmat pun salah satu ujian dari-NYA. DIA nak lihat, sejauh mana kita, hamba-NYA tahu apa itu erti bersyukur. Bila nikmat, rezeki dah melimpah ruah, jangan riak, jangan bongkak dan jangan takbur. Sebaliknya bersyukur. Semua ini sementara dan ia bukan milik mutlak kita. Bila senang, kita ingat orang yang kurang berkemampuan, dari situ insyaALLAH rasa syukur itu akan lahir. Sebaik-baiknya, besederhanalah dalam segala hal. Itu adalah yang terbaik :')"

*Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman.*







Friday, March 23, 2012

Cobaan.

Assalamualaikum semua.

Dugaan, ujian dan cobaan. Sama erti semuanya. Mereka datang bukan kita yang cipta, tapi ianya takdir yang Esa. DIA ak beri dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya. DIA tak beri ujian kalau kita tak terdaya menempuhnya. Jangan dirungutkan, jangan ditangiskan segala dugaan yang datang. DIA nak uji kita. Uji kekuatan kita sebagai hamba-NYA. Kadangkala ujian, dugaan dan cobaan ini peringatan dari-NYA. DIA tak nak kita leka, DIA tak mahu kita alpa dengan nikmat dan kejayaan yang DIA dah beri. Kalau dah tersungkur, cepat-cepat bangkit. Cari semangat. Dah jatuh sekali, tak bermakna kita akan terus jatuh sampa bila-bila

Orang-orang yang dberi ujian ni beruntung Nak tahu kenapa? Sebab mereka dapat merasai kemanisan hidup. Dalam erti kata lain, mereka dapat rasa apa itu lumrah hidup seorang manusia. Ada jatuh, ada bangun, kadang di puncak dan kadang di bawah. Sentiasa berpegang pada kata-kata ni, kalau dugaan yang kita hadapi dah dianggap hebat, pasti ada lagi hamba-NYA yang menerima dugaan lagi hebat pada kita.

Yang dah jatuh, bangkit. Jangan biarkan kegagalan lalu menghantui hidup anda. Jangan biarkan kegagalan lalu menjadi penghalang untuk kejayaan di masa depan. Mohon pada-NYA semangat dan kekuatan. Semoga berjaya dalam hidup ya semuanya :')

Love, SF








Tuesday, January 24, 2012

Wordless Wednesday

Kek Karamel

Percubaan Pertama

Percubaan kedua


Selamat mencuba :)

Coretan singkat.

Yang jahat tak selamanya jahat, yang baik tak selamanya baik. Manusia berubah. Manusia ada akal dan ada juga nafsu. Kadang-kadang, akal kalah. Nafsu bermaharajalela. Bila nafsu dah kawal jasad, apa saja boleh jadi, dosa besar mahupun dosa kecil semua ada. Si durjana syaitan tepuk riang gembira.

Tapi, tak mustahil kalau niat di hati tergerak untuk berubah. Berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Menjadi insan yang tak dipandang enteng, yang baik budi pekertinya. Perubahan baik walaupun sedikit sudah memadai daripada duduk di takuk lama tanpa perubahan. Kan?

Perubahan perlukan usaha. Faktor usaha itu penting. Gigihkan diri kita untuk menjadi lebih baik. Andai usaha tiada, apapun tak jadi. Oh, satu lagi. Sokongan. Ya, sokongan dari keluarga dan sahabat terdekat. Perubahan baik harus disokong, bukan diperlekehkan.

Berdoa pada Yang Maha Kuasa ditetapkan iman, ditetapkan segala. Dugaan apa datang melanda mampu ditepis begitu saja. Majukan diri jadi insan berguna pada-NYA, pada keluarga dan sekeliling kita.

Love, SF.


I'm back :)



Salam alaik semuanya.

Lamanya tak jenguk blog ni since my own laptop rosak, laptop lat rumah pun. Nak online guna computer ni, alahaaaaii lembab, tahu? But now, saya install kesabaran dalam diri guna computer yang'sgt laju' ni sebab nak buang sawang-sawang kat blog ni :)

So, korang apa kabar? sihat? Hopefully semuanya baik-baik saja. Btw, now tengah semester break. Jadi sgt byk masa terluang. Mungkin kalau kesabaran tu tinggi, saya akn selalu la update blog ni :)

Oh, 31st January makin hampir. Debar dalam hati, Allah saja yang tahu. Semoga result last semester baik-baik saja. Even tak dpt A, lulus pun saya dah bersyukur sgt. For me, last semester was my worst semester ever -.- Tak tahu nak cakap macam mana, syllbus lambat habis. Study week tak mcm study week. Entahlah. Saya dah usaha, saya dah buat yang terbaik, saya dah berdoa. Keputusannya nanti saya cuba redha :')

Banyak benau mengomelnya wahai Shahira. Saya berhenti menulis di sini untuk hari ini. Take care all <3