Friday, April 27, 2012

Peringatan untuk aku kau dan dia :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Kalau dah nama pun manusia, memang terkadang terleka. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Selalu nak lebih. Mulut ucap syukur, hati tetap inginkan sesuatu yang lebih. Dalam diam DIA menguji rupanya. Tak sedar kan? I ngat,Allah tu menguji bukan dengan timbunan masalah dan tekanan sahaja. Nikmat pun salah satu ujian dari-NYA. DIA nak lihat, sejauh mana kita, hamba-NYA tahu apa itu erti bersyukur. Bila nikmat, rezeki dah melimpah ruah, jangan riak, jangan bongkak dan jangan takbur. Sebaliknya bersyukur. Semua ini sementara dan ia bukan milik mutlak kita. Bila senang, kita ingat orang yang kurang berkemampuan, dari situ insyaALLAH rasa syukur itu akan lahir. Sebaik-baiknya, besederhanalah dalam segala hal. Itu adalah yang terbaik :')"

*Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman.*







Friday, March 23, 2012

Cobaan.

Assalamualaikum semua.

Dugaan, ujian dan cobaan. Sama erti semuanya. Mereka datang bukan kita yang cipta, tapi ianya takdir yang Esa. DIA ak beri dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya. DIA tak beri ujian kalau kita tak terdaya menempuhnya. Jangan dirungutkan, jangan ditangiskan segala dugaan yang datang. DIA nak uji kita. Uji kekuatan kita sebagai hamba-NYA. Kadangkala ujian, dugaan dan cobaan ini peringatan dari-NYA. DIA tak nak kita leka, DIA tak mahu kita alpa dengan nikmat dan kejayaan yang DIA dah beri. Kalau dah tersungkur, cepat-cepat bangkit. Cari semangat. Dah jatuh sekali, tak bermakna kita akan terus jatuh sampa bila-bila

Orang-orang yang dberi ujian ni beruntung Nak tahu kenapa? Sebab mereka dapat merasai kemanisan hidup. Dalam erti kata lain, mereka dapat rasa apa itu lumrah hidup seorang manusia. Ada jatuh, ada bangun, kadang di puncak dan kadang di bawah. Sentiasa berpegang pada kata-kata ni, kalau dugaan yang kita hadapi dah dianggap hebat, pasti ada lagi hamba-NYA yang menerima dugaan lagi hebat pada kita.

Yang dah jatuh, bangkit. Jangan biarkan kegagalan lalu menghantui hidup anda. Jangan biarkan kegagalan lalu menjadi penghalang untuk kejayaan di masa depan. Mohon pada-NYA semangat dan kekuatan. Semoga berjaya dalam hidup ya semuanya :')

Love, SF








Tuesday, January 24, 2012

Wordless Wednesday

Kek Karamel

Percubaan Pertama

Percubaan kedua


Selamat mencuba :)

Coretan singkat.

Yang jahat tak selamanya jahat, yang baik tak selamanya baik. Manusia berubah. Manusia ada akal dan ada juga nafsu. Kadang-kadang, akal kalah. Nafsu bermaharajalela. Bila nafsu dah kawal jasad, apa saja boleh jadi, dosa besar mahupun dosa kecil semua ada. Si durjana syaitan tepuk riang gembira.

Tapi, tak mustahil kalau niat di hati tergerak untuk berubah. Berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Menjadi insan yang tak dipandang enteng, yang baik budi pekertinya. Perubahan baik walaupun sedikit sudah memadai daripada duduk di takuk lama tanpa perubahan. Kan?

Perubahan perlukan usaha. Faktor usaha itu penting. Gigihkan diri kita untuk menjadi lebih baik. Andai usaha tiada, apapun tak jadi. Oh, satu lagi. Sokongan. Ya, sokongan dari keluarga dan sahabat terdekat. Perubahan baik harus disokong, bukan diperlekehkan.

Berdoa pada Yang Maha Kuasa ditetapkan iman, ditetapkan segala. Dugaan apa datang melanda mampu ditepis begitu saja. Majukan diri jadi insan berguna pada-NYA, pada keluarga dan sekeliling kita.

Love, SF.