Friday, February 1, 2013

Titik Noktah.

Mungkin aku tak tahu apa yang kau rasa.
Apa kau rasa sama seperti aku rasa? 
Aku tak mampu untuk meneka. 
Apa yang kau zahirkan sama seperti yang tersirat dalam hati kau?
Sekali lagi, aku gagal untuk meneka.

Apa yang aku lihat dari mata kasar ini, itulah yang jadi bantuan pentafsiranku.
Aku lelah untuk berfikir. Apa yang kau zahirkan, itu yang aku akan ambil.
Sekarang kau punya hidup kau, aku punya hidup aku.
Harapan kosong untuk kita.
Aku bahagia, kau juga bahagia.
Kita sama-sama tak kan toleh belakang. Itu pinta kau kan?
Ini jalan terbaik kita dari DIA yang paling hebat merancang.
Aku terima, aku redha.

Kau bukan kenangan pahit buat aku. Kau manis.
Kisah kita akan jadi rujukan untuk hidup hadapan kita. 
Terima kasih untuk segalanya. Maaf dipohon untuk setiap khilaf.
Bahagia milik kau dan aku tapi dalam dua situasi yang tak sama.
Dakwat pekat aku guna untuk titik noktah kisah kita.

Untuk dia, hidup baruku.
Sudah ada ruang di hati ini untuk kau. 
Sudahku perkemaskan ruang hati ini untuk keselesaan kau menetap lama and mungkin untuk selamanya.
Kau mampu buat aku tersenyum bahagia. 
DIA ambil kebahagiaan laluku, dan digantikan dengan kebahagiaan yang lebih lagi iaitu kau.
Aku yakin, masa akan datang aku adalah kita.

Terima kasih Ya Rabb kerna sedarkan aku akan semua ini.
Aku yakin semua yang jadi ada hikmahnya, hikmah yang pasti untuk aku, masa laluku dan masa depanku.


3.40 a.m
Saturday (2.2.13)