Wednesday, June 27, 2012

Untitled.



"Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya"

"Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa dan usaha yang betul serta bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda."








'Jatuh'

Assalamualaikum semua.

Jujur saya katakan, i really miss blogging. Lama tak update, bukan ketandusan idea tapi kesibukan melampau, hehe. Sekarang cuti semester, but tak cuti sangat pun sebab I'm doing my attachment dekat law firm named as Ainul Azam & Co. So far, attachment kat sana okaylah even 1st week macam dibuli. haha. Banyak benda yang dah belajar. Seronok jugaklah bila didedahkan dengan environment kerja. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, I will be a lawyer one day. Ameen. Pray for me eh? :)

Btw, tujuan sebenar saya curi masa untuk menulis harini sebab nak cerita sikit tentang "life".

Semua orang yang berjaya sekarang pernah jatuh, pernah tersungkur. Kadang-kadang kejatuhan yang dialami tu jadi semangat untuk kita bangun dan berdiri semua. Sebagai manusia, kita kena ingat DIA yang aturkan jalan hidup kita. DIA tahu apa kita mampu, apa kita tak mampu hadapi. Jatuh tak selamanya jatuh. Dengan kegigihan dan usaha, Insyaallah kita mampu bangun menjalani kehidupan seperti biasa dan akhirnya akan dapat apa yang sebenarnya kita inginkan.

Kalau terjatuh, jangan pernah putus asa. Anggap semua ini ujian dari-NYA. DIA nak tengok, macam mana cara kita hadapi ujian ni. Masa mula-mula jatuh, memang lumrah lah kita sedih, kita down. Lepaskan segala kesedihan yang ada dengan menangis or mungkin anda ada cara lain kan? Tapi ingat, jangan buat benda bukan-bukan yang dihalang sekeras-kerasnya oleh Islam. Jangan biarkan sang syaitan menari riang. Lepas dah melepaskan segala yang terpendam, positifkan minda anda. Monolog kepada diri sendiri bahawa, yang terjadi ni pasti ada hikmahnya kelak. DIA nak uji kita. Usaha, doa dan tawakkal kepada-NYA.

Apabila kita dah berjaya, dah bangun dari kejatuhan, dah rasa usaha kita selama ni berbaloi, akan ada rasa satu sifat puas hati. Lebih kurang bunyinya begini "Yeah, finally I did it". Tak salah ada rasa sifat macam ni, tapi  jangan sampai kita riak, jangan sampai kita bangga. DIA boleh tarik nikmat kejayaan ni bila-bila masa je. Sebaliknya, kita perlu rasa bersyukur sebab DIA nampak usaha kita, then DIA bagi sesuatu yang setimpal dengan usaha kita. Kalau sesuatu yang kita dapat tu tak setimpal dengan usaha kita, anggap itu satu lagi ujian. Hidup, mana pernah lepas dengan ujian. Kan?

Sesuatu yang tidak baik terjadi dalam hidup kita ambillah ia sebagai penguat untuk kita bangkit semula. Ia juga boleh mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang sentiasa meredhai kententuan-NYA. Selamat berjuang menempuh hidup penuh liku sahabat semua :)




 

Friday, April 27, 2012

Peringatan untuk aku kau dan dia :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Kalau dah nama pun manusia, memang terkadang terleka. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Selalu nak lebih. Mulut ucap syukur, hati tetap inginkan sesuatu yang lebih. Dalam diam DIA menguji rupanya. Tak sedar kan? I ngat,Allah tu menguji bukan dengan timbunan masalah dan tekanan sahaja. Nikmat pun salah satu ujian dari-NYA. DIA nak lihat, sejauh mana kita, hamba-NYA tahu apa itu erti bersyukur. Bila nikmat, rezeki dah melimpah ruah, jangan riak, jangan bongkak dan jangan takbur. Sebaliknya bersyukur. Semua ini sementara dan ia bukan milik mutlak kita. Bila senang, kita ingat orang yang kurang berkemampuan, dari situ insyaALLAH rasa syukur itu akan lahir. Sebaik-baiknya, besederhanalah dalam segala hal. Itu adalah yang terbaik :')"

*Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman.*







Friday, March 23, 2012

Cobaan.

Assalamualaikum semua.

Dugaan, ujian dan cobaan. Sama erti semuanya. Mereka datang bukan kita yang cipta, tapi ianya takdir yang Esa. DIA ak beri dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya. DIA tak beri ujian kalau kita tak terdaya menempuhnya. Jangan dirungutkan, jangan ditangiskan segala dugaan yang datang. DIA nak uji kita. Uji kekuatan kita sebagai hamba-NYA. Kadangkala ujian, dugaan dan cobaan ini peringatan dari-NYA. DIA tak nak kita leka, DIA tak mahu kita alpa dengan nikmat dan kejayaan yang DIA dah beri. Kalau dah tersungkur, cepat-cepat bangkit. Cari semangat. Dah jatuh sekali, tak bermakna kita akan terus jatuh sampa bila-bila

Orang-orang yang dberi ujian ni beruntung Nak tahu kenapa? Sebab mereka dapat merasai kemanisan hidup. Dalam erti kata lain, mereka dapat rasa apa itu lumrah hidup seorang manusia. Ada jatuh, ada bangun, kadang di puncak dan kadang di bawah. Sentiasa berpegang pada kata-kata ni, kalau dugaan yang kita hadapi dah dianggap hebat, pasti ada lagi hamba-NYA yang menerima dugaan lagi hebat pada kita.

Yang dah jatuh, bangkit. Jangan biarkan kegagalan lalu menghantui hidup anda. Jangan biarkan kegagalan lalu menjadi penghalang untuk kejayaan di masa depan. Mohon pada-NYA semangat dan kekuatan. Semoga berjaya dalam hidup ya semuanya :')

Love, SF