Assalamualaikum semua.
Jujur saya katakan, i really miss blogging. Lama tak update, bukan ketandusan idea tapi kesibukan melampau, hehe. Sekarang cuti semester, but tak cuti sangat pun sebab I'm doing my attachment dekat law firm named as Ainul Azam & Co. So far, attachment kat sana okaylah even 1st week macam dibuli. haha. Banyak benda yang dah belajar. Seronok jugaklah bila didedahkan dengan environment kerja. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, I will be a lawyer one day. Ameen. Pray for me eh? :)
Btw, tujuan sebenar saya curi masa untuk menulis harini sebab nak cerita sikit tentang "life".
Semua orang yang berjaya sekarang pernah jatuh, pernah tersungkur. Kadang-kadang kejatuhan yang dialami tu jadi semangat untuk kita bangun dan berdiri semua. Sebagai manusia, kita kena ingat DIA yang aturkan jalan hidup kita. DIA tahu apa kita mampu, apa kita tak mampu hadapi. Jatuh tak selamanya jatuh. Dengan kegigihan dan usaha, Insyaallah kita mampu bangun menjalani kehidupan seperti biasa dan akhirnya akan dapat apa yang sebenarnya kita inginkan.
Kalau terjatuh, jangan pernah putus asa. Anggap semua ini ujian dari-NYA. DIA nak tengok, macam mana cara kita hadapi ujian ni. Masa mula-mula jatuh, memang lumrah lah kita sedih, kita down. Lepaskan segala kesedihan yang ada dengan menangis or mungkin anda ada cara lain kan? Tapi ingat, jangan buat benda bukan-bukan yang dihalang sekeras-kerasnya oleh Islam. Jangan biarkan sang syaitan menari riang. Lepas dah melepaskan segala yang terpendam, positifkan minda anda. Monolog kepada diri sendiri bahawa, yang terjadi ni pasti ada hikmahnya kelak. DIA nak uji kita. Usaha, doa dan tawakkal kepada-NYA.
Apabila kita dah berjaya, dah bangun dari kejatuhan, dah rasa usaha kita selama ni berbaloi, akan ada rasa satu sifat puas hati. Lebih kurang bunyinya begini "Yeah, finally I did it". Tak salah ada rasa sifat macam ni, tapi jangan sampai kita riak, jangan sampai kita bangga. DIA boleh tarik nikmat kejayaan ni bila-bila masa je. Sebaliknya, kita perlu rasa bersyukur sebab DIA nampak usaha kita, then DIA bagi sesuatu yang setimpal dengan usaha kita. Kalau sesuatu yang kita dapat tu tak setimpal dengan usaha kita, anggap itu satu lagi ujian. Hidup, mana pernah lepas dengan ujian. Kan?
Sesuatu yang tidak baik terjadi dalam hidup kita ambillah ia sebagai penguat untuk kita bangkit semula. Ia juga boleh mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang sentiasa meredhai kententuan-NYA. Selamat berjuang menempuh hidup penuh liku sahabat semua :)
2 comments:
Hidup ini ibarat orbit~ sekejap dekat matahari yang panasnya membahang~ sekejap di tempat lain, aman~ tak sejuk x panas
setuju :)
Post a Comment