Salam semua. Puasa tak harini ? hehe. Korang buka makan apa harini ? Saya nak berkongsi satu resepi ngn korang semua ( tibe-tibe rasa ceriterashiera ni mcm blog resepi la pulak, haha ). Okay harini saya buat murtabak mini. Sebenarnya murtabak mini ni ada jual kat AIKOL. Bende ni memang faveret saya dengan hanis. Tiap kali break kelas, mesti kitorang beli bende alah ni. hehe. Okay now, jom tengok resepi dia :)
Bahan-bahan :
- 5 biji ubi kentang
- 2 biji telur
- 1 biji bawang merah dipotong dadu
- 10 biji cili api dipotong halus (sapa tak kuat pedas, tak payah la letak, hihi)
- Daun sup dipotong halus (ikut la brapa byk korang nak)
- 10 ekor udang rebus yang dipotong kecik2
- 1 sudu teh serbuk perasa Pasti Sedap Knorr
- 1/2 sudu teh garam
- Spring roll pastry (saiz 125mm x 125mm)
- Rebus ubi kentang sampai empuk. Bila dah empuk, lenyek2kan sampai die jadi cam makanan baby tu. hihi. Then ketepikan :)
- Goreng telur dengan bawang yang dipotong dadu. Goreng hancur-hancur tau :)
- Masuk kan telur yang telah digoreng, udang rebus, daun sup, cili api, serbuk perasa Pasti Sedap dan garam ke dalam ubi yang telah dilenyek tadi. Gaul sehingga sebati.
- Bila dah sebati, korang hamparkan spring roll pastry tu, then isikan ubi kentang yang telah dicampur pelbagai bahan tadi. Lipat jadi bentuk segi empat.
- Lepas dah siap lipat2 jadi segi empat, korang panaskan kuali. Then goreng :)
5 comments:
It looks yummiliciousss :)
Hehehe nanti nak try lah! ^^
simple je zatie. kat aussie takde ni. try la buat. hehe :)
amboi nampak sedp nie mesti mau cuba hehe
cik nur, try la. hehehe. harni shira nak buat lagi ;)
Tak jadi lah nak g pasar ramadhan,tolong postkan la..heh :)
Post a Comment